About LED Screen Display
P2.5 LED screen is installed at Dewal Al Jazari, Politeknik Sultan
Salahuddin, Shah Alam, where it will be used as a giant backdrop and display screen for many of their upcoming events.
About Politeknik Sultan Salahuddin
Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) yang dahulunya dikenali sebagai Politeknik Shah Alam ialah sebuah politeknik Malaysia yang terletak di Shah Alam, ibu negeri Selangor. Terletak di Persiaran Usahawan, Seksyen Ul, Shah Alam yang berkeluasan 112 ekar, PSA ialah politeknik yang ke-8 di Malaysia dan bermula beroperasi pada Januari 1997. PSA memulakan sesi pertamanya dengan pengambilan seramai 640 pelajar pada Julai 1997.
Kedudukannya di lokasi strategik, ditambah dengan komitmen dan dedikasi warga kerjanya telah menjadikan PSA sebuah Politeknik dinamik, selari dengan kemajuan akademik dan pembangunan prasarana. Pertukaran nama Politeknik Shah Alam sempena nama Almarhum DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung ke XI yg telah disempurnakan oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 8 Mac 2002.
PSA yang sinonim dengan gelaran “Politeknik Super Active” di kalangan rakan seperjuangan telah mengorak langkah menjadi politeknik pertama mendapat persijilan MS ISO 9002:1994 dari SIRIM pada September 1999. Tahun 2002 menyaksikan kejayaan PSA membuat peralihan sistem kualiti kepada MS ISO 9001:2000. Enam jabatan akademik PSA yang terdiri daripada Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Perdagangan, Jabatan Matematik Sains & Komputer dan Jabatan Pengajian Am bersedia menawarkan kursus yang berkualiti melalui tenaga akademik profesional dan terlatih.
Pada 25 Februari 2010, PSA telah dinaiktaraf sebagai salah sebuah Politeknik Premier bersama sama dengan Politeknik Ungku Omar dan Politeknik Ibrahim Sultan. Majlis penganugerahan ini telah disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu, iaitu Tan Sri Muhyidin Yassin di PICC Putrajaya.