SK Kg Dato' Ibrahim Majid

Simpang Renggam, Johor

Product(s)

About SK Kg Dato' Ibrahim Majid

Sekolah Kebangsaan Kampong Dato Ibrahim Majid ialah sebuah sekolah kebangsaan kerajaan yang telah ditubuhkan sejak tahun 1969. Sekolah ini terletak di KM.8, Jalan Benut, lebih kurang 9 kilometer dari pekan Simpang Renggam. Pada awal penubuhannya, sekolah ini dikenali sebagai sekolah cawangan Bukit Kenangan B dan beroperasi di Balai Raya Kampung Parit Ibrahim.

Pada tahun 1972, bangunan balai raya tersebut telah roboh ditiup angin ribut dan pihak kerajaan telah membina bangunan baru di tapak yang sama. Lapan tahun selepas itu iaitu pada tahun 1980, operasi sekolah telah dipindahkan ke tapak baru dimana satu bangunan dua tingkat dibina sebagai bangunan sekolah.